Modul Masteri PBD KSSR Tahun 1 – 3
Siri Modul Masteri PBD Tahun 1, 2 dan 3 diterbitkan khusus untuk memenuhi keperluan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dengan merujuk Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP).

  • Berdasarkan Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi dalam DSKP
  • Merangkumi Tahap Penguasaan 1-6
  • Mengikut urutan bab/unit dalam Buku Teks
  • Menerapkan konsep KBAT, i-THINK, didik hibur dan komik
  • Pentaksiran sumatif disertakan untuk menilai pencapaian murid secara keseluruhan
Khas bagi guru, disediakan Resos Digital Guru, yang terdiri daripada nota, praktis dan Bonus PdPc (Aktiviti Word Wall) yang berguna sebagai bahan mengajar tambahan.

Modul Masteri PBD KSSR Tahun 4 – 6
Siri Modul Masteri Tahun 4, 5 dan 6 diterbitkan khusus untuk memenuhi keperluan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA).

Modul PBD dan Modul UASA dirancang dengan telitinya untuk memenuhi keperluan Pentaksiran Formatif dan Pentaksiran Sumatif yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Semua latihan disusun secara sistematik dan disertakan dengan pelbagai ciri ekstra yang membantu murid untuk memahami pelajaran dengan mudahnya.

Siri ini juga mengintegrasikan pembelajaran digital dengan menyediakan bahan digital sokongan seperti Info, Audio, Video, dan Kuiz Gamifikasi untuk meningkatkan keberkesanan pembelajaran.

Hayatilah pelbagai ciri tambahan seperti e-RPH, Salinan Edisi Guru, Bonus PdPc (Aktiviti Word Wall), Nota, Praktis serta Bank Soalan KBAT yang disediakan khas demi memperkasakan proses PdPc Guru!