Genius PBD Tahun 1 - 3

Siri Genius PBD Tahun 1, 2 dan 3 diterbitkan khusus untuk memenuhi keperluan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), dengan merujuk Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP).

  • Berdasarkan Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi dalam DSKP
  • Merangkumi Tahap Penguasaan 1-6
  • Mengikut urutan bab/unit dalam Buku Teks
  • Menerapkan konsep KBAT, i-THINK, didik hibur dan komik
  • Pentaksiran sumatif disertakan untuk menilai pencapaian murid secara keseluruhan

Khas bagi guru, disediakan Resos Digital Guru, yang terdiri daripada nota, praktis dan Bonus PdPc
(aktiviti Word Wall) yang berguna sebagai bahan mengajar tambahan.

Genius PBD Tahun 4 - 6
Siri Genius PBD Tahun 4, 5 dan 6 diterbitkan khusus untuk membantu murid mencapai kecemerlangan dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Oleh itu, kandungan siri ini menerapkan latihan dan penilaian yang berkualiti serta menepati keperluan pentaksiran seperti yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kandungan siri ini direka dan ditulis berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) serta buku teks terbaharu. Semua latihan dalam siri ini disusun secara sistematik dan disertakan pelbagai ciri ekstra bagi membantu murid menguasai pelajaran dengan mudah. Elemen-elemen seperti Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), i-THINK, Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21) serta STEAM, Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) dan Pendidikan Sivik bagi judul-judul terpilih diintegrasikan bagi menambahkan kefahaman murid. Elemen Komik diperkenalkan untuk memberikan nafas baharu kepada soalan sekali gus memvariasikan pembelajaran.

Pakej Resos Digital seperti Kuiz Gamifikasi, Simulasi, Model 3D, Info dan Video juga dimuatkan demi pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif dan menarik menerusi intervensi multimedia interaktif tersebut.

Hayatilah pelbagai ciri tambahan seperti Strategi RPH, Salinan Edisi Guru, Bonus PdPc (Aktiviti Word Wall), Nota dan Praktis yang disediakan khas demi memperkasakan proses PdPc Guru!