Siri ini direncanakan dengan hasrat untuk melengkapi buku teks dan mempermudah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) di dalam kelas. Selaras dengan objektif ini, pelbagai bahan aktiviti dan bahan pentaksiran disediakan berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum & Pentaksiran (DSKP) bagi setiap judul dalam siri ini. Sebagai wadah pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR), modul ini sesuai dengan keperluan semasa. Modul ini juga dimodenkan dengan bahan-bahan digital yang mesra guru dan murid dalam proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) secara dalam talian atau luar talian. Gabungan elemen terancang yang hebat ini semestinya dapat membantu murid memantapkan penguasaan setiap subjek secara tuntas.

Hayatilah pelbagai ciri tambahan yang disediakan khas untuk Guru dengan Edisi Guru Interaktif (eTE) ini! Suatu alat pengajaran yang hebat untuk membantu guru dalam proses PdPc!