PBD PLUS KSSM (2023)

Siri PBD PLUS direncanakan dengan hasrat untuk melengkapi buku teks dan mempermudah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) di sekolah. Modul ini dimodenkan dengan bahan-bahan digital yang mesra guru dan murid dalam proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) secara dalam talian atau luar talian. Gabungan elemen terancang yang hebat ini semestinya dapat membantu murid memantapkan penguasaan setiap subjek secara tuntas.

Hayatilah pelbagai ciri tambahan seperti Strategi RPH, Salinan Edisi Guru, Powerpoint PdPc Interaktif, Peta Konsep, Infografik, Praktis dan Multimedia yang disediakan khas demi memperkasakan proses PdPc Guru!