Amali Proses Sains merupakan siri buku aktiviti yang memberikan penekanan dalam kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif serta pengetahuan saintifik di kalangan murid sekolah menengah. Dilengkapi pelbagai ciri menarik yang khusus untuk mencapai tujuan penerbitan siri ini:
- Eksperimen dan aktiviti, termasuk Eksperimen Wajib, projek STEM dan aktiviti Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21) yang berpusatkan murid
- Infografik yang berwarna serta ciri eksklusif Augmented Reality (AR) untuk memupuk minat murid dalam Sains.
- Termasuk pelbagai kod QR tersedia dengan nota tambahan, video, laman web dan kuiz interaktif (Online Quick Quiz) untuk meningkatkan pembelajaran
- Merangkumi bahan pentaksiran untuk menentukan ketercapaian murid ke arah peperiksaan
- Menerapkan konsep KBAT serta i-THINK untuk meningkatkan tahap kemahiran berfikir yang lebih tinggi