Mahir PBD Tahun 1 – 3

Siri ini diterbitkan khusus untuk memenuhi keperluan Pentaksiran Bilik Darjah
(PBD), dengan merujuk Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP).
 Digubal berdasarkan Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi dalam DSKP, dengan ciri-ciri khusus berikut:

  • Merangkumi Tahap Penguasaan 1 – 6

  • Mengikut bab/unit dalam buku teks
  • Mengolah pelbagai bahan aktiviti PAK-21 berdasarkan proses Pembelajaran dan
 Pemudahcaraan (PdPc) di dalam kelas

  • Menerapkan konsep KBAT dan i-THINK

  • Pentaksiran sumatif disertakan untuk menilai pencapaian murid secara keseluruhan

Khas bagi guru, disediakan Resos Digital Guru, yang terdiri daripada nota dan praktis yang berguna sebagai bahan mengajar tambahan.

Mahir PBD Tahun 4 -6
Siri ini diterbitkan khusus untuk memastikan kemenjadian murid dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Oleh itu, kandungan siri ini menerapkan aktiviti, praktis dan penilaian yang berkualiti serta menepati keperluan pentaksiran sekolah seperti yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.


Kandungan siri ini direka dan ditulis berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
(DSKP) serta buku teks. Semua bahan latihan dalam siri ini disusun secara sistematik dan disertakan pelbagai ciri ekstra bagi membantu murid menguasai pelajaran dengan mudah.
 Elemen-elemen seperti Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), i-THINK, Pembelajaran Abad Ke-21
 (PAK-21) serta STEAM, Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) dan Pendidikan Sivik bagi judul-judul terpilih diintegrasikan bagi menambahkan kefahaman murid.

Inisiatif digital seperti Online Quick Quiz, Audio, Video, Info, dan sebagainya yang bersesuaian turut dimuatkan bagi mempermudah pengajaran dan pembelajaran secara interaktif dan menarik.

Hayatilah pelbagai ciri tambahan yang disediakan khas untuk Guru dengan Edisi Guru Interaktif (eTE) ini! Suatu alat pengajaran yang hebat untuk membantu guru dalam proses PdPc!