Amali Sains merupakan modul amali terbaik dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) subjek Sains. Amali Sains memesrakan pelaksanaan kerja amali sains, melancarkan pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif, serta menyokong pembelajaran berasaskan
projek melalui penerapan model EDP (Proses Reka Bentuk Kejuruteraan) dan model 5E. Dengan mengintegrasikan elemen yang menarik dan praktikal, Amali Sains pasti dapat memperkaya pengalaman pembelajaran murid dalam talian atau luar talian, serta membantu
murid memperkasakan kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif yang penting dalam penerokaan sains.
Hayatilah EG-i (Edisi Guru Interaktif), Edisi Guru pdf dan pelbagai Bahan Sokongan PdPc Ekstra menarik yang percuma untuk kemudahan
guru di platform ePelangi+ ini!