Siri TARGET PBD KSSM diterbitkan khas untuk memenuhi hasrat pemerkasaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) serta UASA/SPM. Siri ini dilengkapi dengan Modul PBD dan Modul UASA/SPM untuk memberikan penekanan khusus kepada pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Siri ini juga menyokong pembelajaran digital dengan menyediakan bahan-bahan digital yang mudah digunakan oleh guru dan murid sepanjang proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Gabungan elemen terancang yang cemerlang ini pastinya dapat membantu murid meningkatkan tahap pembelajaran dan pencapaian secara menyeluruh.

Hayatilah EG-i (Edisi Guru Interaktif), Edisi Guru PDF dan pelbagai Bahan Sokongan PdPc Ekstra menarik yang percuma untuk kemudahan guru di platform ePelangi+ ini! (Semak lapan muka surat berwarna dalam Edisi Guru PDF untuk pengenalan terperinci bahan-bahan sokongan PdPc Ekstra.)