
Siri ini memperkenalkan kecerdasan buatan (AI) dengan cara yang menyeronokkan dan mudah difahami oleh murid sekolah rendah dan menengah. Kandungan buku ini sesuai untuk murid yang baru didedahkan kepada teknologi AI, selaras dengan rancangan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memperkenalkan pembelajaran AI di sekolah rendah menjelang tahun 2027.
Tujuan kami adalah untuk menjadikan pembelajaran AI lebih menarik dan mudah diakses oleh semua murid. Dalam buku-buku ini, AI diperkenalkan melalui aktiviti yang interaktif dan menyeronokkan supaya murid dapat memahami serta melihat sendiri cara AI digunakan dalam kehidupan sebenar.
Jom terokai dunia AI bersama-sama! Kenali AI, ketahui cara AI berfungsi dan fahami impak teknologi ini terhadap dunia hari ini dan masa hadapan.
Tajuk dalam siri ini:
> Buku 1 Sekolah Rendah Tahap 2 (Disyorkan untuk Tahun 3 dan 4)
> Buku 2 Sekolah Rendah Tahap 3 (Disyorkan untuk Tahun 5 dan 6)
> Buku 3 Sekolah Menengah (Disyorkan untuk Tingkatan 1, 2 dan 3)


