
Program i-LEAP Taska Suku Kata direka
khas untuk membantu perkembangan kemahiran membaca kanak-kanak bermula dengan mengenal huruf vokal dan fonemik (pengenalan bunyi), serta memperkenalkan konsep teks (teks dibaca daripada kiri ke kanan dan dari atas ke bawah halaman) kepada kanak-kanak.
Pembelajaran
dan aktiviti dalam Program i-LEAP Taska Suku Kata juga disediakan sebagai persediaan kanak-kanak untuk menempuhi pengalaman di tadika dengan kemahiran asas membaca seperti:
- kemampuan mengenal suku kata terbuka dan perkataan yang bermula dengan suku kata tersebut
- mendedahkan kanak-kanak kepada pelbagai jenis teks
- meningkatkan minat kanak-kanak untuk membaca
- kemampuan untuk membina cerita ringkas dan turut terlibat dalam pembelajaran
Bahan pengajaran yang efektif juga disediakan untuk memudahkan guru menyediakan pembelajaran Suku Kata yang menyeronokkan dengan menggunakan aktiviti bermain seperti Pembelajaran Interaktif dan Animasi. Untuk mempercepat dan mempermudah akses, bahan
pengajaran disusun mengikut bahagian dan halaman seperti yang dinyatakan di bawah.