
Program i-LEAP K1 Suku Kata direka khas untuk
membantu kanak-kanak menyebut suku kata dengan penggunaan pelbagai pola suku kata yang sesuai dengan kanak-kanak. Kandungan disusun dengan sistematik dan berstruktur supaya kanak-kanak dapat membina serta meningkatkan pelbagai kemahiran bahasa dan
komunikasi.
Terdapat pelbagai bahan pembelajaran dalam program i-LEAP K1 Suku Kata yang dapat membantu kanak-kanak dalam:
- membina kemahiran menyebut suku kata
- membentuk perkataan dengan suku kata
- mengayakan kosa kata
- membina kemahiran literasi
- memupuk minat untuk membaca
Program i-LEAP K1 Suku Kata juga turut didatangkan dengan ciri belajar sambil bermain serta aktiviti yang menerapkan model instruksional 5E yang merangkumi fasa penglibatan, penerokaan, penerangan, pelanjutan dan penilaian. Program ini juga menyediakan
bahan untuk guru dengan pelbagai variasi aktiviti supaya proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih efektif dan menyeronokkan.