
Program i-LEAP K2 Suku Kata direka khas untuk
membantu kanak-kanak mengembangkan dan mengukuhkan sebutan suku kata, mengayakan kosa kata dan meningkatkan penggunaan pelbagai bahan bacaan. Di samping itu, program ini dapat meningkatkan daya kreativiti dan pemikiran kanak- kanak.
Terdapat
pelbagai bahan pembelajaran dalam program i-LEAP K2 Suku Kata yang dapat membantu kanak-kanak dalam:
- membentuk perkataan dan membina ayat
- mengembangkan kemahiran komunikasi dan intelek
- meningkatkan dan mengukuhkan penggunaan Bahasa Melayu
- meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis
Program i-LEAP K2 Suku Kata juga turut didatangkan dengan ciri belajar sambil bermain serta aktiviti yang menerapkan model instruksional 5E yang merangkumi fasa penglibatan, penerokaan, penerangan, pelanjutan dan penilaian. Perkara ini bertujuan supaya
kanak-kanak bersedia untuk melangkah ke peringkat pembelajaran Tahun 1. Program ini juga menyediakan bahan untuk guru dengan pelbagai variasi aktiviti supaya proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih efektif dan menyeronokkan.