Section outline


  • Program i-LEAP K1 Bahasa Melayu direka khas untuk membantu perkembangan kemahiran kanak- kanak daripada mengenal huruf kepada penggunaan kosa kata pelbagai tema yang mesra kanak- kanak. Kandungan disusun secara berstruktur supaya kanak-kanak dapat membina pelbagai kemahiran bahasa yang penting dalam membolehkan kanak-kanak berkomunikasi dengan efektif.

    Bahan pembelajaran yang pelbagai dalam program i-LEAP K1 Bahasa Melayu merangkumi aktiviti yang

    • mengembangkan kosa kata kanak-kanak
    • meningkatkan minat kanak-kanak untuk membaca
    • mendedahkan kanak-kanak kepada pelbagai jenis teks
    • berunsur permainan dan nyanyian
    • menggunakan teknologi untuk meningkatkan penglibatan dalam pembelajaran


    Selain buku bacaan dan buku aktiviti, Program i-LEAP K1 Bahasa Melayu juga menyediakan bahan untuk guru bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan efektif.