Section outline



  • Program i-LEAP K2 Bahasa Melayu direka khas untuk membantu kanak-kanak mengembangkan kosa kata, menjadi pembaca dan pengguna bahasa Melayu yang lebih baik. Program ini bertujuan untuk memastikan supaya kanak-kanak bersedia meneruskan pembelajaran mereka di sekolah rendah. Hal ini termasuklah membangunkan kemahiran kanak-kanak seperti:

    • membina dan menulis ayat
    • berkomunikasi dalam bahasa Melayu dengan lebih cekap
    • menyerap standard teks, huruf dan bunyi huruf, perbendaharaan kata dan pemahaman bacaan teks
    • memahami penggunaan bahasa Melayu secara dinamik dan boleh mengaplikasikan penggunaan asas bahasa semasa menggunakan bahasa Melayu


    Seperti program untuk K1, program i-LEAP K2 Bahasa Melayu juga menawarkan pembelajaran secara bermain dan menerapkan aktiviti menggunakan pendekatan Metod Pembelajaran 5E. Walau bagaimanapun, program ini juga merangkumi peningkatan tahap kesediaan kanak-kanak melangkah ke sekolah rendah dengan arahan dan tugasan yang formal. Bahan pembelajaran tambahan disediakan untuk memudahkan guru menyediakan pembelajaran yang menarik dan efektif secara dalam talian atau luar talian.