
Program i-LEAP K1 Bahasa
Melayu direka khas untuk membantu perkembangan kemahiran kanak- kanak daripada mengenal huruf kepada penggunaan kosa kata pelbagai tema yang mesra kanak- kanak. Kandungan disusun secara berstruktur supaya kanak-kanak dapat membina pelbagai kemahiran
bahasa yang penting dalam membolehkan kanak-kanak berkomunikasi dengan efektif.
Bahan pembelajaran yang pelbagai dalam program i-LEAP K1 Bahasa Melayu merangkumi aktiviti yang
- mengembangkan kosa kata kanak-kanak
- meningkatkan minat kanak-kanak untuk membaca
- mendedahkan kanak-kanak kepada pelbagai jenis teks
- berunsur permainan dan nyanyian
- menggunakan teknologi untuk meningkatkan penglibatan dalam pembelajaran
Selain buku bacaan dan buku aktiviti, Program i-LEAP K1 Bahasa Melayu juga menyediakan bahan untuk guru bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan efektif.