Section outline
-
Program i-LEAP Taska Bahasa Melayu tidak hanya memfokuskan kepada kemahiran praliterasi asas yang mengandungi lebih daripada kemampuan untuk mengenal huruf, tetapi termasuk juga kemahiran-kemahiran lain yang penting seperti bahasa, fonologikal, dan fonemik (pengenalan bunyi), dan juga memperkenalkan konsep teks (teks dibaca daripada kiri ke kanan dan dari atas ke bawah halaman) kepada kanak-kanak.
Pembelajaran dan aktiviti dalam Program i-LEAP Taska Bahasa Melayu juga disediakan sebagai persediaan kanak-kanak dalam menempuhi pengalaman di tadika dengan kemahiran praliterasi asas seperti
- kemampuan untuk mengadakan perbualan ringkas dan turut terlibat dalam pembelajaran
- kemampuan mengenal huruf dan benda yang bermula dengan huruf tersebut
- konsep cetakan, seperti mengetahui bahawa perkataan bercetak menyampaikan makna dan mewujudkan persekitaran yang kaya dengan bahasa dan teks
Bahan pengajaran yang efektif juga disediakan untuk memudahkan guru dalam menyediakan pembelajaran Bahasa Melayu yang menyeronokkan menggunakan aktiviti bermain seperti Pembelajaran Interaktif dan Animasi. Untuk mempercepat dan mempermudah akses, bahan pengajaran disusun mengikut bahagian dan halaman seperti yang dinyatakan di bawah.